Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian III · Kelulusan
10. Pemindahan atau penyerahhakan kelulusan
Feedback & supportPemegang kelulusan tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan kelulusan melainkan jika kelulusan Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.
Permohonan pemindahan atau penyerahhakan suatu kelulusan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Mana-mana pemegang kelulusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika pemegang kelulusan ialah seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan
jika pemegang kelulusan ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.