Skip to content
In forceUpdated to 29 Mar 2017Read it in English
Contents

Act of Parliament

Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018

Feedback & supportRegulating private healthcare facilities and services for the aged

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Undang-Undang Malaysia 8

“Inspektor” ertinya Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 87(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

“kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) untuk menyediakan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang kelulusan” ertinya pemegang suatu kelulusan yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;

“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta” ertinya mana-mana premis yang di dalamnya perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan untuk warga emas;

“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen” ertinya mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang dilesenkan di bawah

Bahagian IV;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian IV untuk mengendalikan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;

“lesen sementara” ertinya lesen sementara yang diberikan di bawah Bahagian IV dan “pemegang lesen sementara” ertinya pemegang suatu lesen sementara;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab di bawah subseksyen 23(2);

“orang yang menerima jagaan” ertinya mana-mana orang yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan di suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen;

“pemberi jagaan” ertinya mana-mana orang, selain seorang profesional jagaan kesihatan, yang menguruskan jagaan peribadi mana-mana orang yang menerima jagaan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 9

“perkhidmatan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“pertubuhan” ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau Akta Koperasi 1993

[Akta 502];

“pertubuhan perbadanan” ertinya mana-mana badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau badan berkanun yang diperbadankan dan ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“profesional jagaan kesihatan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“saudara” ertinya mana-mana orang yang ada pertalian darah atau perhubungan perkahwinan atau pengangkatan di sisi undang-undang, atau seorang penjaga di sisi undang-undang;

“standard atau kehendak” ertinya standard atau kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3);

“warga emas” ertinya mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun atau lebih.

s 3Ketidakpakaian

Akta ini tidak terpakai bagi—

(a)

kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta 1998;

(b)

pusat jagaan berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] kecuali pusat jagaan berdaftar di bawah

Akta Pusat Jagaan 1993 yang disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini menurut seksyen 53; dan

(c)

premis yang di dalamnya seseorang individu menyediakan jagaan kesihatan kepada saudaranya yang merupakan seorang warga emas.

Undang-Undang Malaysia 10

Bahagian II

Bahagian III

Kelulusan

Bahagian IV

Lesen

Bahagian V

Kewajipan Pemegang Lesen dan Orang yang Bertanggungjawab

Bahagian VI

Pembatalan

Bahagian VII

Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bahagian IX

Schedules