Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian IV · Lesen
11. Permohonan lesen
Feedback & supportSuatu permohonan lesen untuk mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta hendaklah hanya dibuat oleh seorang pemegang kelulusan.
Permohonan lesen hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kelulusan diberikan berkenaan dengan
Undang-Undang Malaysia 14
kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu yang baginya permohonan lesen itu berkaitan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan lesen hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Jika tiada permohonan lesen dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.