Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian VII · Penutupan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta
35. Penutupan sukarela
Feedback & supportPemegang lesen yang berniat untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan sebelum penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, menyampaikan notis kepada Ketua Pengarah, orang yang menerima jagaan, saudaranya, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan, tentang niat pemegang lesen untuk menutup kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu.
Notis kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1)
hendaklah termasuk yang berikut:
laporan penuh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan
suatu pelan tindakan mengenai penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen, termasuklah, jika kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen menyediakan tempat tinggal, mengenai tempat tinggal orang yang menerima jagaan.
Selepas menimbangkan notis di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, termasuklah berkaitan tempat tinggal dan jagaan orang yang menerima jagaan, dan rekod orang yang menerima jagaan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), memberikan notis yang tidak menepati subseksyen (2) atau melanggar apa-apa arahan di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
dalam hal seorang individu, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit; dan
Undang-Undang Malaysia 26
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.