Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian II
4. Section 4
Feedback & supportSeseorang tidak boleh menyediakan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta bagi empat warga emas atau lebih tanpa kelulusan di bawah subseksyen 9(1)
atau mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta bagi empat warga emas atau lebih tanpa suatu lesen di bawah Bahagian IV.
Suatu permohonan untuk kelulusan atau lesen boleh dibuat oleh dan diberikan kepada seorang individu, suatu pertubuhan perbadanan, suatu perkongsian atau suatu pertubuhan.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
dalam hal seorang individu—
didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Warga Emas Swasta 11
Premis bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen