Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian I · Permulaan
2. Tafsiran
Feedback & supportDalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Undang-Undang Malaysia 8
“Inspektor” ertinya Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 87(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan
Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];
“kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) untuk menyediakan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang kelulusan” ertinya pemegang suatu kelulusan yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;
“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta” ertinya mana-mana premis yang di dalamnya perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan untuk warga emas;
“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen” ertinya mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang dilesenkan di bawah
Bahagian IV;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian IV untuk mengendalikan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;
“lesen sementara” ertinya lesen sementara yang diberikan di bawah Bahagian IV dan “pemegang lesen sementara” ertinya pemegang suatu lesen sementara;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab di bawah subseksyen 23(2);
“orang yang menerima jagaan” ertinya mana-mana orang yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan di suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen;
“pemberi jagaan” ertinya mana-mana orang, selain seorang profesional jagaan kesihatan, yang menguruskan jagaan peribadi mana-mana orang yang menerima jagaan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Warga Emas Swasta 9
“perkhidmatan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“pertubuhan” ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau Akta Koperasi 1993
[Akta 502];
“pertubuhan perbadanan” ertinya mana-mana badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau badan berkanun yang diperbadankan dan ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
“profesional jagaan kesihatan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
“saudara” ertinya mana-mana orang yang ada pertalian darah atau perhubungan perkahwinan atau pengangkatan di sisi undang-undang, atau seorang penjaga di sisi undang-undang;
“standard atau kehendak” ertinya standard atau kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3);
“warga emas” ertinya mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun atau lebih.