Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian VI · Pembatalan
32. Pembatalan kelulusan, dsb
Feedback & supportSelepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis tunjuk sebab bagi membuat representasi dan selepas menimbangkan apa-apa representasi oleh pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara, Ketua Pengarah boleh—
membatalkan kelulusan, lesen atau lesen sementara itu;
atau
mengeluarkan amaran atau memberikan apa-apa arahan kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara, atau mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara, untuk membetulkan keadaan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.
Berkenaan dengan kelulusan, lesen atau lesen sementara yang dibatalkan atas alasan dalam perenggan 30(b), (f) atau (g), adalah mencukupi bagi Ketua Pengarah untuk memaklumkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, masing-masing tentang pembatalan kelulusan, lesen atau lesen sementara itu.
Penyerahan kelulusan, dsb.