Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 · Updated to 29 Mar 2017 · Bahagian II
5. Section 5
Feedback & supportSeseorang hendaklah menyediakan dan mengendalikan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hanya di premis yang berikut:
suatu kemudahan berkediaman;
suatu kemudahan jagaan harian;
apa-apa premis yang ditetapkan oleh Menteri; dan
apa-apa premis yang menggabungkan spesifikasi mana-mana dua premis atau lebih dalam perenggan (a)
hingga (c).
Suatu “kemudahan jagaan harian” dalam perenggan (1)(b)
ertinya suatu kemudahan tanpa tempat kediaman yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas disediakan bagi suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.
Ketua Pengarah boleh menentukan standard atau kehendak yang berlainan bagi jenis premis yang berlainan yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas akan disediakan.