Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian V · Jawatankuasa Dasar Fiskal
27. Ketidakcapaian objektif fiskal dan nilai kuantiti
Feedback & supportSekiranya objektif fiskal dan nilai kuantiti sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama tidak tercapai,
Menteri hendaklah membentangkan suatu pelan pelarasan fiskal untuk diluluskan melalui ketetapan oleh Dewan Rakyat.
Pelan pelarasan fiskal hendaklah mengandungi—
alasan bagi ketidakcapaian objektif fiskal dan nilai kuantiti;
langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mencapai objektif fiskal dan nilai kuantiti;
jangkaan tempoh masa yang akan diambil oleh Kerajaan untuk mencapai objektif fiskal dan nilai kuantiti; dan
maklumat lain yang berkaitan yang berhubungan dengan pelan pelarasan fiskal.
Sekiranya pelan pelarasan fiskal tidak diluluskan, Dewan Rakyat boleh meluluskan suatu ketetapan untuk menghendaki Menteri menambah baik pelan pelarasan fiskal untuk dibentangkan di Dewan Rakyat dengan seberapa segera yang boleh praktik.
Undang-Undang Malaysia 24
Ketua bahagian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dasar fiskal di Perbendaharaan hendaklah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa.
Pengerusi boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud mendapatkan pandangan mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan.
Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.