Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian V · Jawatankuasa Dasar Fiskal
31. Jawatankuasa kecil
Feedback & support(1)
Jawatankuasa boleh menubuhkan suatu jawatankuasa kecil untuk menilai risiko fiskal, hutang dan liabiliti lain kepada
Kerajaan.
(2)
Jawatankuasa kecil ini hendaklah melapor dan mengemukakan syor kepada Jawatankuasa.
(3)
Jawatankuasa hendaklah menentukan keanggotaan jawatankuasa kecil ini.
(4)
Jawatankuasa kecil boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(5)
Jawatankuasa kecil hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa kecil oleh Jawatankuasa.