Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelaporan

33. Laporan tinjauan fiskal

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah, berkenaan dengan setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Dewan Rakyat laporan tinjauan fiskal berserta penyata anggaran hasil dan perbelanjaan bagi tahun itu.

(2)

Laporan tinjauan fiskal hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

jumlah hasil;

(b)

jumlah perbelanjaan;

(c)

baki fiskal;

(d)

tahap jumlah hutang dan liabiliti lain;

(e)

kedudukan fiskal sektor awam disatukan;

(f)

Rangka Kerja Fiskal Jangka Masa Sederhana;

(g)

apa-apa pelan pelarasan fiskal yang disebut di bawah

Bahagian IV jika berkenaan; dan

(h)

petunjuk fiskal lain yang berkaitan.

Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 27

(3)

Laporan tinjauan fiskal hendaklah mengandungi prestasi dan strategi Kerajaan untuk mencapai objektif fiskal bagi setiap tahun kewangan dan untuk tempoh Rangka Kerja Fiskal

Jangka Masa Sederhana.

Report