Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 · Updated to 29 Dec 2023 · Bahagian VI · Pelaporan
34. Anggaran hasil
Feedback & supportMenteri hendaklah, berkenaan dengan penyata anggaran hasil di bawah Fasal (1) Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan, memberikan maklumat mengenai kutipan hasil sebenar bagi tahun kewangan sebelumnya, anggaran hasil yang disemak bagi tahun kewangan semasa, anggaran hasil bagi tahun kewangan berikutnya dan maklumat mengenai hasil cukai dan bukan cukai.