Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian II · Prinsip Dasar Fiskal

6. Perumusan dasar fiskal, dsb

Feedback & support
(1)

Perumusan dasar fiskal hendaklah berdasarkan tetapi tidak terhad kepada prinsip umum yang berikut:

(a)

kebertanggungjawaban, yang ertinya kebertanggungjawaban

Kerajaan dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menguruskan dasar fiskal;

(b)

tanggungjawab, yang ertinya pengurusan sumber Kerajaan dan pengurusan risiko fiskal yang bertanggungjawab bagi mengekalkan kemampanan fiskal dan alam sekitar;

(c)

ketelusan, yang ertinya penerbitan maklumat kewangan dan bukan kewangan yang berhubungan dengan pengurusan dasar fiskal disediakan tepat pada masanya bagi membolehkan penilaian yang berkesan terhadap pelaksanaan dasar fiskal dan kedudukan kewangan awam;

dan

(d)

kesaksamaan antara generasi, yang ertinya pengurusan dasar fiskal hendaklah mempertimbangkan impak ke atas kesejahteraan generasi kini dan akan datang.

(2)

Bagi mencapai objektif dasar fiskal dalam seksyen 5, dasar fiskal Kerajaan hendaklah berdasarkan prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab seperti yang berikut:

(a)

memastikan kestabilan makroekonomi;

(b)

mencapai dan mengekalkan kemampanan baki fiskal;

Undang-Undang Malaysia 12

(c)

mencapai dan mengekalkan tahap hutang yang berhemat;

dan

(d)

memastikan pengurusan risiko fiskal yang berkesan.

Report

Bahagian III

Komponen Utama Dasar Fiskal

Bahagian IV

Pelan Pelarasan Fiskal

Bahagian V

Jawatankuasa Dasar Fiskal

Bahagian VI

Pelaporan

Schedules