Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian II · Prinsip Dasar Fiskal

8. Objektif fiskal dan nilai kuantiti

Feedback & support
(1)

Mengikut prinsip pengurusan fiskal yang bertanggungjawab dalam subseksyen 6(2), Kerajaan hendaklah mencapai objektif fiskalnya seperti yang berikut:

(a)

untuk memastikan perbelanjaan pembangunan tahunan minimum yang dilakukan sebagai peratusan keluaran dalam negeri kasar bagi menjana pertumbuhan ekonomi;

(b)

untuk mencapai baki fiskal yang mampan sebagai peratusan kepada keluaran dalam negeri kasar dalam jangka masa sederhana;

(c)

untuk mencapai tahap hutang yang berhemat sebagai peratusan kepada keluaran dalam negeri kasar dalam jangka masa sederhana; dan

(d)

untuk mengehadkan pendedahan kepada risiko fiskal berhubung dengan apa-apa jaminan kewangan sebagai peratusan kepada keluaran dalam negeri kasar.

(2)

Objektif fiskal hendaklah diukur dengan nilai kuantiti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

(3)

Nilai kuantiti hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya satu angka sasaran yang perlu dicapai dalam jangka masa sederhana.

(4)

Komponen utama dasar fiskal untuk mencapai objektif fiskal hendaklah seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian III

Akta ini.

Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 13

Report

Bahagian III

Komponen Utama Dasar Fiskal

Bahagian IV

Pelan Pelarasan Fiskal

Bahagian V

Jawatankuasa Dasar Fiskal

Bahagian VI

Pelaporan

Schedules