12. Pemansuhan dan kecualian
Feedback & supportUndang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual
Kedua dimansuhkan.
Apa-apa penghakiman mahkamah atasan dalam negara salingan yang didaftarkan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Malaysia sebelum satu haribulan Disember 1972, hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini dan boleh dikuatkuasakan dengan sewajarnya, dan apa-apa jua yang dilakukan berhubung dengan mana-mana penghakiman itu di bawah mana-mana undang-undang itu atau di bawah mana-mana kaedah mahkamah atau peruntukan lain yang terpakai bagi penghakiman itu hendaklah sama sah dan berkesan seolah-olah ia telah dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah kaedah mahkamah yang bersamaan atau di bawah peruntukan lain yang terpakai bagi
Akta ini.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 17