6. Kuasa mahkamah yang mendaftar untuk mengetepikan pendaftaran atas permohonan
Feedback & supportJika, atas suatu permohonan untuk mengetepikan pendaftaran penghakiman, pemohon memuaskan hati mahkamah yang mendaftar sama ada rayuan terhadap hukuman itu masih belum selesai, atau dia berhak bercadang untuk merayu, terhadap penghakiman itu, mahkamah itu, jika difikirkannya patut, boleh, atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya adil, sama ada mengetepikan pendaftaran itu atau menangguhkan permohonan untuk mengetepikan pendaftaran itu sehingga selepas habis apa-apa tempoh sebagaimana yang didapati oleh mahkamah semunasabahnya mencukupi bagi membolehkan pemohon itu mengambil langkah yang perlu supaya rayuan itu diselesikan oleh tribunal yang berwibawa.
Jika pendaftaran suatu penghakiman diketepikan di bawah subseksyen (1), atau semata-mata disebabkan penghakiman itu pada tarikh permohonan bagi pendaftaran itu tidak boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal itu, pengenepian pendaftaran itu tidak menjejaskan permohonan selanjutnya untuk mendaftarkan penghakiman itu apabila rayuan itu telah diselesaikan atau jika dan apabila penghakiman itu menjadi boleh dikuatkuasakan dengan cara pelaksanaan dalam negara tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika pendaftaran suatu penghakiman diketepikan semata-mata disebabkan penghakiman itu, walaupun penghakiman itu pada tarikh permohonan bagi pendaftaran itu telah sebahagiannya
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 13
ditunaikan, telah didaftarkan untuk keseluruhan jumlah wang yang kena dibayar di bawahnya, mahkamah yang mendaftar hendaklah, atas permohonan pemiutang penghakiman, memerintahkan penghakiman itu didaftarkan bagi bakinya yang tinggal yang kena dibayar pada tarikh itu.