Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

5. Kes yang penghakiman berdaftar mesti, atau boleh, diketepikan

Feedback & support
(1)

Apabila permohonan yang bermaksud demikian dibuat dengan sewajarnya oleh mana-mana pihak yang terhadapnya penghakiman berdaftar boleh dikuatkuasakan, pendaftaran penghakiman itu—

(a)

hendaklah diketepikan jika mahkamah yang mendaftar berpuas hati—

(i)

bahawa penghakiman itu bukan suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai atau telah didaftarkan berlanggaran dengan Akta ini;

10

Undang-Undang Malaysia

(ii)

bahawa mahkamah negara mahkamah asal tidak mempunyai bidang kuasa dalam hal keadaan kes itu;

(iii)

bahawa penghutang penghakiman, sebagai defendan dalam prosiding di mahkamah asal, tidak (walaupun proses itu mungkin telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya mengikut undang-undang negara mahkamah asal) menerima notis prosiding itu dalam masa yang mencukupi untuk membolehkannya membela prosiding itu dan telah tidak hadir;

(iv)

bahawa penghakiman itu telah diperoleh secara fraud;

(v)

bahawa penguatkuasaan penghakiman itu akan bertentangan dengan polisi awam di Malaysia; atau

(vi)

bahawa hak di bawah penghakiman itu tidak terletak hak pada orang yang olehnya permohonan bagi pendaftaran itu dibuat; dan

(b)

boleh diketepikan jika mahkamah yang mendaftar berpuas hati bahawa perkara yang dipertikaikan dalam prosiding di mahkamah asal, sebelum dari tarikh penghakiman di mahkamah asal, telah diputuskan sebagai penghakiman muktamad dan konklusif oleh mahkamah yang mempunyai bidang kuasa dalam perkara itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, mahkamah negara mahkamah asal hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), disifatkan mempunyai bidang kuasa—

(a)

dalam hal penghakiman yang diberikan dalam suatu tindakan in personam—

(i)

jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu dengan secara sengaja hadir dalam prosiding itu bagi apa-apa maksud melainkan bagi maksud melindungi, atau mendapat pelepasan, harta yang disita, atau diancam dengan penyitaan, dalam prosiding itu atau bagi mempertikaikan bidang kuasa mahkamah itu;

Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 11

(ii)

jika penghutang penghakiman ialah plaintif dalam, atau membuat tuntutan balas dalam, prosiding dalam mahkamah asal;

(iii)

jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, sebelum prosiding dimulakan telah bersetuju, berkenaan dengan hal perkara prosiding itu, untuk patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu atau mahkamah negara mahkamah itu;

(iv)

jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, pada masa prosiding itu dimulakan bermastautin, atau sebagai suatu pertubuhan perbadanan, mempunyai tempat utama perniagaannya, dalam negara mahkamah itu; atau

(v)

jika penghutang penghakiman, sebagai defendan di mahkamah asal, mempunyai pejabat atau tempat perniagaan dalam negara mahkamah itu dan prosiding dalam mahkamah itu berkenaan dengan transaksi yang dibuat melalui atau di pejabat atau tempat itu;

(b)

dalam hal suatu penghakiman yang diberikan dalam suatu tindakan yang hal perkaranya ialah harta tak alih atau dalam suatu tindakan in rem yang hal perkaranya ialah harta alih, jika harta yang berkenaan pada masa prosiding dalam mahkamah asal itu terletak dalam negara mahkamah itu; dan

(c)

dalam hal suatu penghakiman yang diberikan dalam tindakan, selain mana-mana tindakan yang disebut dalam perenggan (a) atau (b), jika bidang kuasa mahkamah asal itu diiktiraf oleh undang-undang Malaysia.

(3)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (2) mahkamah negara mahkamah asal tidak disifatkan mempunyai bidang kuasa—

(a)

jika hal perkara prosiding itu ialah harta tak alih yang berada di luar negara mahkamah asal;

12

Undang-Undang Malaysia

(b)

kecuali dalam hal yang disebut dalam subperenggan

(2)

(a)

(i), (ii) dan (iii) dan perenggan (c), jika pembawaan prosiding dalam mahkamah asal berlawanan dengan perjanjian yang di bawahnya pertikaian berkenaan kena diselesaikan selain melalui prosiding dalam mahkamah negara mahkamah itu; atau

(c)

jika penghutang penghakiman, sebagai defendan dalam prosiding asal, ialah seorang yang di bawah kaedah-kaedah undang-undang antarabangsa awam berhak mendapat kekebalan daripada bidang kuasa mahkamah negara mahkamah asal dan dia tidak patuh kepada bidang kuasa mahkamah itu.

Report