9. Section 9
Feedback & supportJika ternyata pada Yang di-Pertuan Agong bahawa layanan berkenaan dengan pengiktirafan dan penguatkuasaan yang diberikan oleh mahkamah mana-mana negara salingan kepada penghakiman yang diberikan dalam Mahkamah Tinggi pada matannya kurang baik daripada yang diberikan oleh mahkamah di Malaysia terhadap penghakiman mahkamah atasan negara itu, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah memakai seksyen ini bagi negara salingan itu dan meminda Jadual Pertama dengan apa-apa cara yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan perintah itu dan mengeluarkan apa-apa ketidakselarasan dengannya dalam Jadual itu.
Kecuali setakat mana Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah di bawah seksyen ini mengarahkan selainnya, tiada prosiding boleh dilayan dalam mama-mana mahkamah di Malaysia untuk mendapatkan apa-apa jumlah wang yang dikatakan kena dibayar di bawah suatu penghakiman yang diberikan dalam mahkamah negara salingan yang baginya seksyen ini terpakai.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 15