4. Permohonan dan kesan pendaftaran penghakiman
Feedback & supportSeseorang, yang pemiutang penghakiman di bawah suatu penghakiman yang baginya Bahagian ini terpakai, boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi pada bila-bila masa dalam tempoh enam tahun selepas tarikh penghakiman itu, atau, jika telah ada prosiding secara rayuan terhadap penghakiman itu, selepas tarikh penghakiman terakhir diberikan dalam prosiding itu, untuk mendapatkan penghakiman itu didaftarkan dalam Mahkamah Tinggi, dan atas apa-apa permohonan sedemikian, mahkamah hendaklah, tertakluk kepada pembuktian perkara yang ditetapkan dan kepada peruntukan lain Akta ini, memerintahkan penghakiman itu didaftarkan:
Dengan syarat bahawa sesuatu penghakiman tidak boleh didaftarkan jika pada tarikh permohonan itu—
ia telah ditunaikan keseluruhannya; atau
ia tidak boleh dikuatkuasakan secara pelaksanaan dalam negara mahkamah asal.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini berkenaan dengan pengetepian pendaftaran—
suatu penghakiman berdaftar hendaklah, bagi maksud pelaksanaan, mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sama;
prosiding boleh diambil atas penghakiman berdaftar;
jumlah wang yang baginya sesuatu penghakiman didaftarkan hendaklah diberikan bunga; dan
mahkamah yang mendaftar hendaklah mempunyai kawalan yang sama ke atas pelaksanaan penghakiman yang didaftarkan, seolah-olah penghakiman itu suatu penghakiman yang pada asalnya diberikan dalam mahkamah yang mendaftar itu dan dicatatkan pada tarikh pendaftaran itu:
Dengan syarat bahawa pelaksanaan tidak boleh dibuat atas penghakiman itu selagi, di bawah Bahagian ini dan kaedah-kaedah mahkamah yang dibuat bagi maksudnya, berwibawa bagi mana-mana pihak untuk membuat permohonan bagi mengetepikan pendaftaran penghakiman itu, atau, jika permohonan sedemikian dibuat, sehingga selepas permohonan itu diputuskan dengan muktamad.
Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 9
Jika jumlah wang yang kena dibayar di bawah suatu penghakiman yang hendak didaftarkan dinyatakan dalam mata wang selain mata wang Malaysia, penghakiman itu hendaklah didaftarkan seolah-olah ia suatu penghakiman bagi jumlah wang itu dalam mata wang Malaysia yang, berasaskan kadar pertukaran wang yang terpakai pada tarikh penghakiman mahkamah asal itu, yang sama nilainya dengan jumlah wang yang kena dibayar itu.
Jika pada tarikh permohonan bagi pendaftaran, penghakiman mahkamah asal telah ditunaikan sebahagiannya, penghakiman itu tidak boleh didaftarkan berkenaan dengan seluruh jumlah wang kena dibayar di bawah penghakiman mahkamah asal, tetapi hanya berkenaan dengan baki yang tinggal yang kena dibayar pada tarikh itu.
Jika, atas suatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu penghakiman, ternyata pada mahkamah yang mendaftar bahawa penghakiman itu berkenaan dengan perkara yang berlainan dan bahawa beberapa, tetapi tidak semua, peruntukan penghakiman itu sedemikian yang jika peruntukan itu terkandung dalam penghakiman yang berasingan penghakiman itu boleh didaftarkan dengan sewajarnya, penghakiman itu boleh didaftarkan berkenaan dengan peruntukan yang disebut terdahulu tetapi tidak berkenaan dengan apa-apa peruntukan lain yang terkandung dalamnya.
Sebagai tambahan kepada jumlah wang yang kena dibayar di bawah penghakiman mahkamah asal, termasuk apa-apa bunga yang menurut undang-undang negara mahkamah asal menjadi kena dibayar di bawah penghakiman itu sehingga masa pendaftaran, penghakiman itu hendaklah didaftarkan bagi kos yang munasabah dan yang bersampingan dengan pendaftaran, termasuk kos mendapatkan suatu salinan terperaku penghakiman itu dari mahkamah asal.