Seksyen 21
Pekhidmat awam dan perlindungan
of Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007
(1)
Semua anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan.
(2)
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 662
prosiding terhadap mana-mana anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekhidmat Kumpulan Wang Persaraan
(Diperbadankan) berkenaan dengan apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.