Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2015Read it in English

Bahagian IV

21A. Obligasi kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Lembaga —

(a)

tiada anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekerja

Kumpulan

Wang

Persaraan

(Diperbadankan) atau mana-mana orang yang menghadiri apa-apa mesyuarat Lembaga, Panel Pelaburan atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Kumpulan

Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh menzahirkan maklumat atau dokumen tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules