42. Pindaan seksyen 31p
Feedback & supportSeksyen 31p Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “, pembaharuan pendaftaran”;
Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan)
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan memotong perkataan “atau pembaharuan pendaftaran seseorang juruaudit berdaftar”; dan
(ii)
dengan memotong perkataan “atau juruaudit berdaftar”; dan
(c)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika Lembaga Pemantauan Audit menolak—
(a)
pendaftaran seseorang pemohon sebagai juruaudit berdaftar; atau
(b)
pemberian pengiktiran seseorang pemohon sebagai juruaudit yang diiktiraf,
Lembaga Pemantauan Audit hendaklah memberi pemohon itu suatu peluang untuk didengar dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada pemohon dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.”.