Skip to content

Seksyen 22

Pengeluaran invois oleh komputer

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 24 of 124
Seksyen 22
(1)

Bagi maksud mana-mana peruntukan di bawah Akta ini yang berhubungan dengan suatu invois, orang berdaftar hendaklah dianggap sebagai telah mengeluarkan suatu invois kepada pelanggan walaupun tiada penyerahan apa-apa dokumen yang setara dengannya dalam bentuk kertas kepada pelanggan itu jika butir-butir yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen 21(1) direkodkan dalam komputer dan—

(a)

dihantar atau dijadikan tersedia kepada pelanggan itu secara elektronik; atau

(b)

dikeluarkan atas apa-apa bahan selain kertas dan diserahkan kepada pelanggan itu.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.

40

Undang-Undang Malaysia