Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian V

33. Tanggungan pengarah, dsb

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, tetapi tertakluk pada subseksyen (2) berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, jika cukai perkhidmatan adalah genap masa dan kena dibayar, surcaj adalah terakru, atau penalti, fi atau wang lain adalah kena dibayar, di bawah Akta ini oleh mana-mana syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain—

(a)

pengarah syarikat itu;

58

Undang-Undang Malaysia

(b)

pegawai pematuhan yang dilantik dalam kalangan pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana pekongsi atau semua pekongsi perkongsian liabiliti terhad itu;

(c)

pekongsi firma itu;

(d)

pemegang jawatan pertubuhan itu; atau

(e)

orang yang bertanggungjawab bagi pengurusan kumpulan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.

(2)

Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulung, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah wang yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai perkhidmatan, surcaj, penalti, fi atau wang lain itu.

Report

Bahagian VI

Pengecualian, Pembayaran Balik dan Peremitan

Bahagian VII

Ketetapan

Bahagian VIII

Kawasan Ditetapkan

Bahagian IX

Kawasan Khas

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan