Skip to content

Seksyen 23

Nota kredit dan nota debit

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 25 of 124
Seksyen 23
(1)

Jika apa-apa perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan nota kredit atau nota debit di bawah hal keadaan dan syarat yang ditetapkan, orang berdaftar itu hendaklah membuat potongan atau tambahan cukai perkhidmatan dalam penyatanya dengan sewajarnya, dan nota kredit dan nota debit itu hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi orang berdaftar asing.