Skip to content

Seksyen 56C

Permohonan bagi pendaftaran pemberi perkhidmatan asing

of Akta Cukai Perkhidmatan 2018

ActIn forceProvision 68 of 124
Seksyen 56C
(1)

Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen 56B(2) hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah bagi pendaftaran dalam bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan selepas bulan yang dia bertanggungan untuk berdaftar sebagaimana yang disebut dalam perenggan 56B(2)(a) atau (b).

(2)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, Ketua

Pengarah boleh meluluskan permohonan itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang ditentukan olehnya dan tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya.

(3)

Ketua

Pengarah hendaklah mendaftarkan pemberi perkhidmatan asing di bawah subseksyen (1) berkuat kuasa dari hari pertama bagi bulan selepas bulan yang permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh pemberi perkhidmatan asing itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.

(4)

Mana-mana pemberi perkhidmatan asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.