Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian IX · Kawasan Khas

56F. Pembatalan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Jika orang berdaftar asing membuat suatu pemberitahuan di bawah seksyen 56E, Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar asing itu dari tarikh orang berdaftar asing

Cukai Perkhidmatan 77

itu terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar asing itu boleh dibatalkan pendaftarannya.

(2)

Jika tiada pemberitahuan dibuat di bawah seksyen 56E dan

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa orang berdaftar asing telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, Ketua

Pengarah boleh membatalkan pendaftaran orang berdaftar asing itu dari tarikh orang berdaftar asing itu terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pada hari pemberi perkhidmatan asing didaftarkan, pemberi perkhidmatan asing itu tidak bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56C atau telah terhenti bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 56D, Ketua

Pengarah boleh membatalkan pendaftaran pemberi perkhidmatan asing itu berkuat kuasa dari tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah dalam pemberitahuan secara bertulis kepada pemberi perkhidmatan asing itu.

Report

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan