Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2025Read it in English

Bahagian IX · Kawasan Khas

56G. Pengeluaran invois

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap orang berdaftar asing yang memberikan apa-apa perkhidmatan digital hendaklah mengeluarkan suatu invois atau dokumen yang mengandungi butir-butir yang ditetapkan kepada pengguna berkenaan dengan transaksi itu.

(2)

Invois atau dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dikeluarkan secara elektronik atau dalam bentuk kertas.

(3)

Mana-mana orang berdaftar asing yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

78

Undang-Undang Malaysia

56GA.

Nota kredit dan nota debit

Jika apa-apa perkhidmatan bercukai diberikan oleh mana-mana orang berdaftar asing yang melibatkan pengeluaran dan penerimaan nota kredit atau nota debit di bawah hal keadaan dan syarat yang ditetapkan, orang berdaftar asing itu hendaklah membuat potongan atau tambahan cukai perkhidmatan dalam penyatanya dengan sewajarnya, dan nota kredit dan nota debit itu hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan.

Report

Bahagian X

Penguatkuasaan

Bahagian XI

Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Bahagian XIII

Kecualian dan Peralihan