Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

22. Siapa boleh mendapatkan pelaksanaan spesifik

Feedback & support

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bab ini, pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak itu boleh didapati oleh—

(a)

mana-mana pihak kepada kontrak itu;

(b)

wakil berkepentingan, atau prinsipal kepada mana-mana pihak kepada kontrak itu:

Dengan syarat bahawa, jika pembelajaran, kemahiran, kesolvenan, atau apa-apa kualiti peribadi pihak itu unsur material dalam kontrak itu, atau jika kontrak itu memperuntukkan bahawa kepentingan pihak itu tidak boleh diserahhakkan, wakilnya yang berkepentingan atau prinsipalnya tidak berhak kepada pelaksanaan spesifik kontrak itu, melainkan jika bahagian pihak itu dalam kontrak itu telah dilaksanakan;

(c)

jika kontrak itu merupakan suatu penyelesaian tentang perkahwinan, atau suatu kompromi mengenai hak yang diragukan antara anggota keluarga yang sama, mana-mana orang yang berhak secara benefisial di bawahnya;

(d)

apabila sesuatu syarikat awam telah membuat suatu kontrak dan kemudiannya disatukan dengan syarikat awam yang lain, syarikat baru yang muncul daripada penyatuan itu;

atau

(e)

apabila penaja sesuatu syarikat awam sebelum pemerbadanannya, telah membuat kontrak bagi maksud syarikat itu, dan kontrak itu dibenarkan oleh terma pemerbadanan, syarikat itu.

Relief Spesifik 25

Bagi siapa Kontrak tidak boleh Dikuatkuasakan secara

Spesifik

Report

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan