Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

23. Halangan diri terhadap relief

Feedback & support

Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan dengan memihak kepada seseorang—

(a)

yang tidak boleh mendapat pampasan bagi kemungkirannya;

A, yang memang biasa baginya bertindak sebagai ejen bagi B, membuat suatu perjanjian dengan C untuk mambeli rumah C. A sebenarnya tidak bertindak sebagai ejen bagi B tetapi bertindak bagi pihaknya sendiri. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak ini.

(b)

yang telah menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan atau melanggar mana-mana terma penting kontrak itu yang di pihaknya masih belum dilaksanakan;

(a)

A berkontrak untuk menjual sebuah rumah kepada B dan menjadi penyewa bagi rumah itu bagi tempoh empat belas tahun dari tarikh penjualan atas suatu sewa tahunan yang tertentu. A menjadi tidak solven. Dia atau pegawai penerima estetnya tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(b)

A berkontrak untuk menjual kepada B sebuah rumah dan taman yang di dalamnya terdapat pokok perhiasan, suatu elemen material dari segi nilai harta itu sebagai tempat kediaman. A, tanpa persetujuan B, memotong pokok itu. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(c)

A, yang memegang tanah di bawah suatu kontrak dengan B untuk suatu pajakan telah melakukan pembaziran, atau memperlakukan tanah itu dengan cara yang tidak menjimatkan. A tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(d)

A berkontrak untuk menyewa sebuah rumah yang belum siap dan B berkontrak untuk menyiapkan rumah itu dan pajakan itu mengandungi waad di pihak A untuk menjaga rumah itu dalam keadaan baik. B menyiapkan rumah itu dengan cara yang tidak sempurna: B tidak boleh menguatkuasakan kontrak itu secara spesifik, walaupun A dan B boleh mendakwa antara satu sama lain untuk pampasan bagi kemungkiran kontrak itu.

(c)

yang telah memilih remedinya dan mendapat penyelesaian bagi kemungkiran kontrak yang didakwakan itu; atau 26

Undang-Undang Malaysia

A berkontrak untuk menyewakan sebuah rumah bagi suatu tempoh dan pada kadar sewa yang ditetapkan dan B berkontrak untuk menyewa rumah itu. B enggan melaksanakan kontrak itu. A sesudah itu membawa guaman untuk, dan mendapatkan pampasan bagi kemungkiran kontrak itu. A tidak boleh mendapat pelaksanaan spesifik kontrak itu.

(d)

yang, terdahulu daripada kontrak itu, telah mengetahui bahawa suatu penyelesaian hal perkara kontrak itu

(walaupun tidak berasaskan apa-apa balasan berharga)

telah dibuat dan kemudiannya dikuatkuasakan.

Report

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan