Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

27. Pihak yang tidak boleh dipaksa untuk melaksanakan kontrak

Feedback & support

Pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak tidak boleh dikuatkuasakan terhadap sesuatu pihak kepada kontrak dalam mana-mana kes yang berikut:

(a)

jika balasan yang akan diterima oleh pihak itu terlalu tidak mencukupi, dengan merujuk kepada keadaan barang yang ada pada tarikh kontrak itu, sama ada dengan sendirinya atau bersama dengan hal keadaan yang lain menjadi keterangan mengenai fraud atau faedah tidak wajar yang diambil oleh plaintif;

(b)

jika persetujuannya diperoleh secara salah nyata (sama ada sengaja atau ikhlas), penyembunyian, pemintasan atau amalan tidak adil, mana-mana pihak yang kepadanya pelaksanaan telah kena dibuat di bawah kontrak itu, atau dengan apa-apa janji pihak itu yang belum ditunaikan secara substansial; atau 30

Undang-Undang Malaysia

(c)

jika persetujuannya diberi di bawah pengaruh silap fakta, salah faham, atau secara mengejut:

(a)

A, seorang daripada dua orang wasi, yang dengan salah mempercayai bahawa dia mendapat kuasa wasi bersamanya, membuat suatu perjanjian bagi penjualan harta pewasiatnya kepada B. B tidak boleh mendesak supaya penjualan itu disempurnakan.

(b)

A mengarahkan seorang pelelong untuk menjual tanah tertentu. A kemudiannya membatalkan kuasa pelelong itu berkenaan dengan 20 ekar daripada tanah ini tetapi pelelong itu dengan tidak sengaja menjual keseluruhan tanah itu kepada B, yang tidak mengetahui mengenai pembatalan itu. B tidak boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik perjanjian itu.

Dengan syarat bahawa, apabila kontrak itu memperuntukkan pampasan dalam hal kesilapan, pampasan boleh dibuat bagi sesuatu kesilapan dalam skop peruntukan itu, dan kontrak itu dikuatkuasakan secara spesifik dalam keadaan lain jika wajar dikuatkuasakan sedemikian.

Kesan Menolak sesuatu guaman bagi Pelaksanaan Spesifik

Report

Bab III

Pembetulan Surat Cara

Bab IV

Penamatan Kontrak

Bab V

Pembatalan Surat Cara

Bab VI

Dekri Perisytiharan

Bab VII

Pelantikan Penerima

Bab VIII

Bahagian III

Relief Pencegahan

Bab IX

Mengenai Injunksi Secara Am

Bab X

Mengenai Injunksi Berkekalan