Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian V · Pendaftaran dan Penyeliaan Badan Sukan
19. Alasan bagi keengganan untuk mendaftarkan
Feedback & supportPesuruhjaya boleh enggan mengeluarkan perakuan pendaftaran kepada badan sukan melainkan jika—
dia berpuas hati bahawa badan sukan itu ialah organisasi bukan berbentuk politik bagi penggalakkan dan pembangunan sukan di Malaysia; atau
tertakluk pada subseksyen (2), perlembagaan atau kaedah-kaedah badan sukan itu, kecuali Majlis Olimpik
Malaysia, mengandungi peruntukan bagi segala perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, atau apa-apa perkara lain yang semunasabahnya dikehendaki oleh
Pesuruhjaya.
Jika perkara-perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau
Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, tidak terkandung dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah sesuatu badan sukan yang dahulunya didaftarkan di bawah *Akta Pertubuhan 1966, perkara-perkara ini hendaklah bagi maksud perenggan (1)(b)
disifatkan telah terkandung dalam perlembagaan atau kaedah-kaedah badan sukan itu; tetapi badan sukan itu hendaklah, tidak lewat daripada enam bulan selepas pendaftarannya, meminda perlembagaan atau kaedah-kaedahnya supaya segala perkara yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua atau Jadual Ketiga, mengikut mana-mana yang terpakai, diperuntukkan.
*CATATAN—Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] telah disemak menjadi Akta Pertubuhan 1966
[Akta 832].
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 576