Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian V · Pendaftaran dan Penyeliaan Badan Sukan
20. Pembatalan atau penggantungan pendaftaran oleh Pesuruhjaya
Feedback & supportPesuruhjaya hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu—
didaftarkan akibat daripada suatu fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir-butir material;
atau
tidak aktif atau bukan lagi entiti yang patut dan wajar didaftarkan untuk mewakili sukannya dalam mana-mana
Negeri atau di Malaysia.
Pesuruhjaya boleh menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan jika Pesuruhjaya berpuas hati bahawa badan sukan itu⎯
tidak mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh
Pesuruhjaya di bawah seksyen 18;
melanggar mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
tidak atau cuai untuk meremedikan apa-apa amalan salah, salah laku atau ketidakteraturan di pihak pemegang jawatannya atau anggotanya dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis yang diberikan oleh
Pesuruhjaya;
tidak bekerjasama atau menjadi penghalang dalam pelaksanaan peraturan-peraturan, dasar atau garis panduan yang dibuat di bawah atau menurut kuasa di bawah Akta ini; atau
tidak atau cuai untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan hal ehwal badan sukannya mengikut perlembagaannya.
Sebelum membatalkan atau menggantung pendaftaran sesuatu badan sukan itu di bawah subseksyen (1), Pesuruhjaya hendaklah memberi badan sukan itu peluang untuk mengemukakan sebab,
Pembangunan Sukan 19
jika ada, menentang pembatalan atau penggantungan yang dicadangkan itu.