Skip to content
In forceUpdated to 10 Mar 2023Read it in English

Bahagian V · Pendaftaran dan Penyeliaan Badan Sukan

25. Akibat keengganan untuk mendaftarkan atau pembatalan atau penggantungan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Apabila Pesuruhjaya enggan mendaftarkan mana-mana badan sukan di bawah seksyen 17 atau apabila pendaftaran mana-mana badan sukan dibatalkan atau digantung di bawah

Akta ini, maka peruntukan yang berikut adalah terpakai:

(a)

badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti, termasuk pertandingan, acara atau forum yang sedang berlangsung bagi mana-mana sukan, sama ada di dalam atau di luar

Malaysia;

Pembangunan Sukan 21

(b)

badan sukan itu tidak boleh menerima atau terus menerima bantuan kewangan daripada

Kerajaan,

Majlis Sukan Negara atau mana-mana badan berkanun;

(c)

badan sukan itu tidak boleh menjadi anggota mana-mana badan atau organisasi yang bertindak sebagai atau berupa bertindak sebagai badan pengelola mana-mana sukan di Malaysia atau mewakili atau berupa mewakili peserta mana-mana sukan di Malaysia;

(d)

badan sukan itu tidak boleh menggunakan ungkapan

“Malaysia” bagi mana-mana aktivitinya, atau apa-apa bentuk huruf atau tanda yang menunjukkan bahawa aktivitinya dijalankan untuk, atas nama atau bagi pihak,

Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia; dan

(e)

badan sukan itu tidak boleh menganjurkan, menyertai atau menghantar peserta ke mana-mana pertandingan atau acara sukan dengan menunjukkan bahawa usahanya itu adalah untuk, atas nama atau bagi pihak, Malaysia atau mana-mana bahagian Malaysia, di dalam atau di luar Malaysia.

(2)

Mana-mana pemegang jawatan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit sehari bagi setiap hari yang kesalahan itu diteruskan.

(3)

Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, menggantung kuat kuasa subseksyen (1) berhubung dengan mana-mana badan sukan sehingga apa-apa takat dan selama apa-apa tempoh yang difikirkan patut.

Peraturan-peraturan berkenaan dengan badan sukan

Report

Bahagian VI

Jawatankuasa Pertikaian Sukan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules