Akta Pembangunan Sukan 1997 · Updated to 10 Mar 2023 · Bahagian V · Pendaftaran dan Penyeliaan Badan Sukan
26. Section 26
Feedback & supportMenteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu berkenaan dengan badan sukan dan khususnya dan tanpa menjejaskan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 576
keluasan yang terdahulu, Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan untuk menetapkan—
tatacara bagi permohonan untuk pendaftaran dan pendaftaran badan sukan dan fi yang akan dikenakan bagi pendaftaran itu;
tugas, kuasa dan fungsi badan sukan;
tatacara bagi rayuan oleh badan sukan dan fi yang akan dikenakan baginya;
tatacara bagi pelantikan jurulatih, referi, pengadil dan hakim oleh badan sukan;
segala perkara yang berkaitan dengan pembubaran badan sukan dan pembatalan pendaftaran badan sukan; dan
kehilangan kelayakan pemegang jawatan badan sukan dalam hal keadaan tertentu.