20B. Section 20B
Feedback & supportPemilik hakmilik strata sementara hendaklah membuat suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pengarah dalam tempoh satu bulan dari pengeluaran sijil cadangan pelan strata dengan menggunakan Borang 5 kepada Pentadbir Tanah dan hendaklah disertakan dengan yang berikut:
apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan;
apa-apa fi sebagaimana yang diberitahu oleh Pengarah
Ukur di bawah perenggan 20A(8)(c);
sijil cadangan pelan strata;
dokumen hakmilik keluaran bagi hakmilik strata sementara;
Hakmilik Strata 59
suatu salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali—
dalam hal di bawah perenggan 20(2)(a);
apabila bangunan diklasifikasikan sebagai bangunan khas dan salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu tidak boleh didapati; atau
dalam mana-mana hal keadaan lain apabila
Pentadbir Tanah berpuas hati bahawa salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki itu boleh dikecualikan; dan
salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 20(2)(b) dan (c).
Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah mengendorskan atau menyebabkan untuk diendors, suatu catatan mengenai pembuatannya dalam dokumen hakmilik daftar bagi hakmilik strata sementara.
Pentadbir Tanah hendaklah sesudah itu sekiranya dia berpuas hati bahawa permohonan itu dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan bersamanya itu adalah teratur, menghantarkannya kepada Pengarah bersama-sama dengan syornya untuk meluluskan atau menolak permohonan itu.
Kuasa Pengarah Tanah dan Galian yang berhubung dengan permohonan