Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

21. Section 21

Feedback & support
(1)

Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 20B, Pengarah hendaklah—

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(a)

meluluskan pecah bahagi itu jika dia mendapati bahawa syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 10 telah dipenuhi; atau

(b)

dalam apa-apa hal lain, menolak permohonan itu.

(2)

Jika Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah—

(a)

meminta Pengarah Ukur untuk menyediakan atau menyebabkan untuk disediakan pelan strata yang diperakui; dan

(b)

memberitahu Pentadbir Tanah tentang kelulusan itu dan mengarahkannya supaya memungut daripada pemilik, fi sebagaimana yang diberitahu oleh Pengarah Ukur di bawah perenggan 20A(8)(c) dan fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata sebagaimana yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis.

(3)

Jika Pengarah telah menolak permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah—

(a)

memberitahu Pentadbir Tanah dan yang hendaklah dengan segera memaklumkan pemilik dan hendaklah membatalkan atau disebabkan supaya dibatalkan catatan yang diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar strata sementara di bawah subseksyen 20B(2); dan

(b)

membayar balik fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata.

Report