Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2021Read it in English

23. Pengubahsuaian daftar strata, pengeluaran dokumen hakmilik keluaran yang baru dan pembatalan dokumen hakmilik sementara

Feedback & support
(1)

Apabila diterima daripada Pengarah Ukur salinan pelan strata baru yang diperakui dan dokumen lain yang disertakan dan apabila diberitahu oleh Pentadbir Tanah yang fi berkenaan dengan penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata telah dibayar, Pengarah hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengambil tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(2)

Apabila diarahkan oleh Pengarah, Pendaftar hendaklah―

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 318

(a)

menggantikan salinan pelan strata asal yang diperakui dalam buku daftar strata yang berkaitan dengan salinan pelan strata baru yang diperakui disediakan untuk simpanannya;

(b)

meminda jadual unit syer bagi petak itu dan membuat apa-apa perubahan lain dalam buku daftar strata yang berkaitan sebagaimana yang perlu dengan mengambil kira perubahan berikutan dengan siapnya bangunan dalam petak sementara itu;

(c)

menyediakan, mendaftarkan dan mengeluarkan mengikut peruntukan seksyen 16, hakmilik strata berkenaan dengan petak yang baru;

(d)

mengendorskan dalam dokumen hakmilik daftar berkenaan dengan blok sementara yang dahulu suatu pernyataan yang bermaksud bahawa hakmilik strata (dengan menyebutkan nombor hakmilik petak itu) telah dikeluarkan kepada petak baru dalam bangunan yang telah siap itu; dan

(e)

memusnahkan dokumen hakmilik keluaran bagi hakmilik strata sementara.

BAHAGIAN IVA

KUTIPAN CUKAI

Report