23A. Tafsiran
Feedback & supportDalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“dokumen-dokumen hakmilik strata yang sedia ada” ertinya apa-apa dokumen hakmilik strata yang didaftarkan dan dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 4C;
Hakmilik Strata 63
“dokumen hakmilik keluaran yang sedia ada bagi lot itu” ertinya apa-apa dokumen hakmilik keluaran yang sedia ada bagi lot itu yang dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 4C;
“dokumen hakmilik keluaran strata yang sedia ada” ertinya dokumen hakmilik keluaran strata yang sedia ada yang dikeluarkan sebelum permulaan kuat kuasa seksyen 4C.