Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

42. Pindaan seksyen 81

Feedback & support

Seksyen 81 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)

dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, membuat kaedah-kaedah yang tidak berlawanan dengan Akta ini, dan khususnya tetapi tanpa mengehadkan keluasan kuasa berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a)

fi yang hendak dibayar bagi apa-apa tatacara atau fungsi yang dikehendaki atau dibenarkan dibuat di bawah Akta ini dan peremitan fi itu;

(b)

jenis bangunan, atau hal keadaan yang bangunan itu, hendak dikelaskan sebagai bangunan kos rendah;

(c)

jenis bangunan, atau hal keadaan yang bangunan itu, hendak dikelaskan sebagai bangunan khas;

(d)

formula bagi unit syer yang dicadangkan; dan

(e)

apa-apa perkara yang menurut Akta ini dikehendaki atau dibenarkan ditetapkan atau adalah perlu atau sesuai untuk ditetapkan bagi menjalankan atau menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini.”.

Report