43. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportKecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini atau dalam kaedah-kaedah yang dibuat di bawah
Akta ini, peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi hakmilik strata yang didaftarkan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 44
Semua permohonan atau perkara lain yang sedang dalam tindakan untuk diluluskan, atau yang telah diluluskan tetapi hakmilik strata belum dikeluarkan, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan atau diselesaikan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam
Akta ini, jika apa-apa tempoh masa yang dinyatakan dalam Akta ibu adalah masih berjalan semasa permulaan kuat kuasa Akta ini,
Akta ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah peruntukan yang bersepadan dalam Akta ini telah berkuat kuasa semasa tempoh itu bermula.
Tempoh yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah disifatkan—
bermula dari tarikh atau keadaan yang darinya tempoh itu bermula sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini; dan
luput, tertakluk kepada mana-mana peruntukan Akta ini bagi perlanjutannya, bila mana tempoh itu ia sepatutnya luput seolah-olah Akta ini tidak dibuat, dan apa-apa hak, keutamaan, liabiliti, relif, tanggungjawab, kehendak, kuasa, kewajipan atau pengecualian bergantung pada permulaan, tempoh masa atau akhir tempoh itu hendaklah berada di bawah Akta ini sebagaimana ia sepatutnya berada di bawah peruntukan Akta ibu.
Mana-mana perintah atau prosiding yang belum selesai atau dimulakan di bawah peruntukan yang dimansuhkan, sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah peruntukan yang dimansuhkan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Semua prosiding atau perkara lain yang belum selesai di hadapan Lembaga Hakmilik Strata di bawah Akta ibu, atau perkara lain yang sedang didengar, atau telah didengar tetapi tiada perintah atau keputusan dibuat mengenainya, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Hakmilik Strata (Pindaan)
Mana-mana orang yang, sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, merupakan Yang Dipertua, Timbalan Yang
Dipertua atau anggota Lembaga yang dilantik di bawah Akta ibu hendaklah, melainkan jika dia meletak jawatan atau selainnya mengosongkan jawatannya atau perlantikannya dibatalkan, terus memegang jawatan itu pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini sehingga habis tempoh yang dinyatakan dalam surat cara perlantikannya.