26. Penggantian seksyen 21
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 21 dengan seksyen yang berikut:
s 21“Kuasa Pengarah Tanah dan Galian yang berhubungan dengan permohonan
Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen 20b, Pengarah hendaklah—
meluluskan pecah bahagi itu jika dia mendapati bahawa syarat-syarat yang dinyatakan dalam seksyen 10 telah dipenuhi; atau
dalam apa-apa hal lain, menolak permohonan itu.
Jika Pengarah telah meluluskan sesuatu permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah—
meminta Pengarah Ukur untuk menyediakan atau menyebabkan untuk disediakan pelan strata yang diperakui; dan
memberitahu Pentadbir Tanah tentang kelulusan itu dan mengarahkannya supaya memungut daripada pemilik, fi sebagaimana yang diberitahu oleh
Pengarah Ukur di bawah perenggan 20a(8)(c) dan fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata sebagaimana yang ditetapkan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
Undang-Undang Malaysia 40
Jika Pengarah telah menolak permohonan bagi pecah bahagi bangunan atau tanah, dia hendaklah—
memberitahu Pentadbir Tanah dan yang hendaklah dengan segera memaklumkan pemilik dan hendaklah membatalkan atau disebabkan supaya dibatalkan catatan yang diendorskan dalam dokumen hakmilik daftar strata sementara di bawah subseksyen 20b(2); dan
membayar balik fi bagi penyediaan dan pendaftaran hakmilik strata.”.