Amendment Act · As enacted
Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013
Feedback & supportAmends the Strata Titles Act 1985Long title
Suatu Akta untuk meminda Akta Hakmilik Strata 1985.
In force · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2013.
Akta ini mula berkuat kuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri, dengan kelulusan Majlis Tanah
Negara berhubung dengan negeri itu, melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah
Negara, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 4
s 2Pindaan mukadimah
Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], yang disebut “Akta ibu”
dalam Akta ini, dipinda dalam mukadimah dengan menggantikan perkataan “dan Wilayah Persekutuan Putrajaya” dengan perkataan
“,Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan
Labuan”.
s 3Pindaan seksyen 2
Seksyen 2 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan
“dan Wilayah Persekutuan Putrajaya” dengan perkataan “Wilayah
Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan”.
s 4Pindaan seksyen 4
Seksyen 4 Akta ibu dipinda—
dengan memotong takrif “agregat unit syer”;
dengan memotong takrif “Lembaga”;
dengan memotong takrif “undang-undang kecil”;
dengan memasukkan selepas takrif “petak tanah” takrif yang berikut:
‘ “sijil cadangan pelan strata” ertinya sijil yang mengesahkan pelan strata yang dicadangkan yang disediakan di bawah seksyen 8a atau 20a, mengikut mana-mana yang berkenaan;’;
dalam takrif “pelan strata yang diperakui”, dengan menggantikan perkataan “subseksyen 13(1)” dengan perkataan “seksyen 13 atau 22, mengikut mana-mana yang berkenaan”;
dalam takrif “Pesuruhjaya”, dengan menggantikan perkataan “seksyen 3 Akta Bangunan dan Harta Bersama
(Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]”
dengan perkataan “seksyen 4 Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta ]”;
dalam takrif “harta bersama”, dengan menggantikan perkataan “yang diluluskan” dengan perkataan “yang diperakukan”;
Hakmilik Strata (Pindaan)
dengan memotong takrif “majlis”;
dengan memotong takrif “tempoh permulaan”;
dengan menggantikan takrif “petak tanah” dengan takrif yang berikut:
‘ “petak tanah” ertinya satu unit yang ditandakan dalam sesuatu lot yang terkandung dalamnya bangunan yang tidak lebih dari empat tingkat yang dipegang di bawah suatu hakmilik strata; yang mungkin mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, yang terkandung dalamnya petak-petak aksesori dan harta bersama;’;
dalam takrif “pelan lokasi”, dengan menggantikan perkataan
“10(2)” dengan perkataan “8a(3) atau 20a(3), mengikut mana-mana yang berkenaan”;
dalam takrif “bangunan kos rendah”, dengan menggantikan perkataan “10b” dengan perkataan “9b”;
dengan memotong takrif “ejen pengurusan”;
dalam takrif “perbadanan pengurusan”—
dengan menggantikan perkataan “pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan “pelan strata yang diperakui”; dan
dengan menggantikan perkataan “39” dengan perkataan “17”;
dengan memotong takrif “kumpulan wang pengurusan”;
dalam takrif “blok sementara”—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“pelan strata yang dicadangkan,” dengan perkataan
“bangunan yang dipecah bahagi”;
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, suatu blok yang berkenaan dengan petak tanah yang dicadangkan, yang baginya suatu hakmilik strata sementara yang berasingan telah dipohon;”; dan
Undang-Undang Malaysia 6
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan
“pelan strata yang diperakui”;
dalam takrif “unit-unit syer sementara”, dengan menggantikan perkataan “pelan strata yang diluluskan” dengan perkataan
“daftar strata”;
dalam takrif “pembeli”, dengan memotong perkataan
“berlesen”;
dengan memasukkan selepas takrif “harta bersama” takrif yang berikut:
‘ “jadual petak” ertinya jadual petak atau jadual petak terpinda yang disediakan di bawah Akta Pengurusan
Strata 2013;’;
dalam takrif “unit-unit syer”, dengan menggantikan perkataan
“jadual unit syer” dengan perkataan “daftar strata”;
dengan memotong takrif “akaun khas”;
dalam takrif “bangunan khas”, dengan memasukkan selepas perkataan “Jun 1996” perkataan “atau mana-mana bangunan yang diduduki dari Jun 1996 sehingga 11 April 2007, yang diklasifikasikan sedemikian oleh
Pihak Berkuasa Negeri”;
dengan memotong takrif “ketetapan khas”;
dalam takrif “pelan tingkat”, dengan menggantikan perkataan
“10(3)” dengan perkataan “8a(4) atau 20a(4), mengikut mana-mana yang berkenaan”;
dengan menggantikan takrif “pelan strata” dengan takrif yang berikut:
‘ “pelan strata”—
berhubung dengan bangunan yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tingkat, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan di dalam pelan strata yang diperakui; dan
berhubung dengan tanah yang dipecah bahagi, ertinya pelan lokasi dan pelan tandaan, dan termasuklah pelan pecahan atau penyatuan petak yang ditunjukkan dalam pelan strata
Hakmilik Strata (Pindaan)
7
yang diperakui, dan dalam hal petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat;’;
dalam takrif “daftarai strata”, dengan menggantikan perkataan “perenggan 43(1)(i)” dengan perkataan “Akta
Pengurusan Strata 2013”;
dalam takrif “bangunan yang dipecah bahagi”—
dengan memasukkan sebelum perkataan “yang dipecah bahagi” perkataan “atau tanah”;
dengan memasukkan selepas perkataan “suatu bangunan” perkataan “atau tanah”; dan
dengan memasukkan selepas perkataan “Bahagian II”
perkataan “atau Bahagian IV, mengikut mana-mana yang berkenaan”; dan
dengan memasukkan selepas takrif “perbadanan pengurusan”
takrif berikut:
‘ “perbadanan pengurusan subsidiari”, berhubung dengan harta bersama terhad, ertinya perbadanan pengurusan subsidiari yang ditubuhkan di bawah seksyen 17a;
“peringkat struktur utama” ertinya peringkat di mana penyiapan kerja-kerja bangunan sebagaimana yang diperakui mengikut undang-undang kecil yang berkaitan yang dibuat di bawah Akta Jalan, Parit dan
Bangunan 1974 [Akta 133];’;
s 5Seksyen baru 4b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4a seksyen yang berikut:
“Permulaan kuat kuasa Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik Strata di mana-mana Pejabat Pendaftaran
Tanah 4b.. (1) Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi Hakmilik
Strata hendaklah mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah melalui pemberitahuan dalam Warta menurut subseksyen 5d(1) Kanun Tanah Negara.
Undang-Undang Malaysia 8
Bagi maksud subseksyen (1)—
“Pusat Pemulihan Bencana” ertinya suatu pusat sistem sokongan dan pemulihan yang ditubuhkan oleh
Pihak Berkuasa Negeri untuk penyambungan urusan operasi Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik;
“Pejabat Pendaftaran Tanah” termasuk—
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Pendaftaran, pejabat
Pendaftar Hakmilik bagi Negeri itu;
dalam hal hakmilik strata yang dipegang atau yang akan dipegang bergantung kepada hakmilik Pejabat Tanah, pejabat Pentadbir
Tanah bagi Daerah itu; dan
pada ketika bencana seperti yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri, Pusat Pemulihan
Bencana.
Apabila Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik bagi
Hakmilik Strata mula berkuat kuasa di mana-mana Pejabat
Pendaftaran Tanah—
peruntukan Jadual Keenam hendaklah terpakai setakat mana ia berkait dengan bentuk dokumen hakmilik strata, prosedur untuk penyediaan dan pendaftaran mana-mana dokumen hakmilik strata, mana-mana urusniaga dan mana-mana pemasukan atau pengendorsan apa-apa nota, memorial atau memorandum atau mana-mana pembetulan atau pembatalan mengenainya atas mana-mana dokumen hakmilik strata;
peruntukan-peruntukan lain bagi Akta ini yang berkait dengan Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik hendaklah dibaca dengan ubah suaian, pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian atau penyesuaian sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Jadual Keenam; dan
peruntukan Jadual Kelima hendaklah tidak lagi beroperasi.
Menteri boleh, dengan kelulusan Majlis Tanah Negara, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual
Keenam.”.
Hakmilik Strata (Pindaan)
s 6Penggantian seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 7 dengan seksyen yang berikut:
s 7“Pemilik asal boleh memohon bagi pecah bahagi bangunan atau tanah
Pemilik asal mana-mana tanah beri hakmilik yang di atasnya terdapat apa-apa bangunan atau tanah yang boleh dipecah bahagi di bawah seksyen 6 boleh, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta ini, memohon kepada Pengarah untuk pecah bahagi mana-mana bangunan atau tanah itu.”.
s 7Penggantian seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 8 dengan seksyen yang berikut:
Pemilik asal mana-mana tanah beri hakmilik yang di atasnya terdapat bangunan yang boleh dikeluarkan hakmilik strata hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), memohon mengikut subseksyen 8a(1)
dan 9(1) untuk pecah bahagi bangunan atau tanah itu jika pada bila-bila masa dia telah menjual atau bersetuju untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan atau tanah itu kepada mana-mana orang.
Tempoh yang dalamnya kehendak subseksyen 8a(1)
hendaklah dipatuhi adalah seperti berikut:
dalam hal jika penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu berlaku dan dokumen perakuan peringkat struktur utama dikeluarkan selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran dokumen yang memperakui peringkat struktur utama;
Undang-Undang Malaysia 10
dalam hal jika bangunan siap selepas permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual, mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, berlaku sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan;
dalam hal jika bangunan siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat selepas permulaan kuat kuasa
Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh pengeluaran perakuan siap dan pematuhan atau penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat, mengikut mana-mana yang terkemudian;
dalam hal jika bangunan telah siap dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini;
dalam hal jika bangunan telah siap sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu, atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu, dibuat selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, tempohnya ialah tiga bulan dari tarikh penjualan, atau perjanjian untuk menjual mana-mana petak dalam bangunan itu atau penjualan atau perjanjian kali pertama itu dibuat.
Pemilik asal tanah beri hakmilik yang di atasnya bangunan atau tanah telah dikeluarkan sijil cadangan pelan strata di bawah subseksyen 8a(8), hendaklah memohon untuk pecah bahagi mengikut subseksyen 9(1) dalam tempoh satu bulan dari tarikh pengeluaran sijil cadangan pelan strata.
Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum tamatnya tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah Ukur selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.
Hakmilik Strata (Pindaan)
Tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (3) boleh, atas permohonan yang dibuat sebelum habis tempoh itu, dilanjutkan sekali oleh Pengarah selama apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi satu bulan.
Permohonan untuk kelulusan Pengarah hendaklah dianggap sebagai tidak menurut subseksyen 8a(1) jika permohonan itu adalah cacat atas alasan ketidakpatuhan yang material dengan mana-mana kehendak subseksyen 9(1)
berhubung dengan permohonan itu.
Jika permohonan tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3), dan, dalam tempoh pelanjutan yang diberikan di bawah subseksyen (4) atau (5)
berkenaan dengan sesuatu bangunan atau tanah, pemilik asal adalah melakukan suatu kesalahan.
Pemilik asal yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen (7) hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak kurang daripada satu ratus ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”.
s 8Seksyen baru 8a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 8
seksyen yang berikut:
“Permohonan bagi sijil cadangan pelan strata 8a.. (1) Bagi maksud subseksyen 9(1), pemilik asal mana-mana tanah beri hakmilik yang di atasnya terdapat bangunan atau tanah yang boleh dikeluarkan hakmilik strata hendaklah, memohon kepada Pengarah Ukur bagi sijil cadangan pelan strata dengan menyerahkan Borang 10 berserta dengan yang berikut:
fi bagi pengukuran yang dijalankan atau menyebabkan untuk dijalankan di bawah subseksyen 8a(8);
kecuali dalam hal di bawah perenggan (c), salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan;
Undang-Undang Malaysia 12
jika salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan tempatan itu tidak boleh didapati, permohonan di bawah subseksyen ini hendaklah disertai dengan—
pelan bangunan, yang diperakui oleh seorang
Arkitek Profesional atau oleh seorang juruukur tanah sebagai telah dilukis mengikut ciri-ciri sebenar bangunan itu dan sebagai menggambarkan dengan sebenar-benarnya ciri-ciri itu; dan
perakuan daripada seorang pegawai pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkenaan yang diberi kuasa sewajarnya bahawa bangunan sebagaimana yang digambarkan melalui pelan yang disebut dalam subperenggan (i), telah didirikan dengan kebenaran perancangan tetapi pelan dan spesifikasi yang dengan merujuk kepadanya kebenaran itu telah diberi tidak lagi boleh didapati, dan bahawa pihak berkuasa perancangan tempatan itu walau bagaimanapun berpuas hati yang bangunan sebagaimana yang digambarkan itu memenuhi kehendak perancangan;
pelan strata yang dicadangkan yang mengandungi suatu pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan, yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dinyatakan masing-masingnya dalam subseksyen
, (3), (4), (5), (6) dan (7) dan diperakui oleh juruukur tanah seperti yang berikut:
bahawa dia telah membuat perbandingan antara pelan-pelan itu dengan pelan bangunan yang diluluskan yang disediakan oleh Arkitek
Profesional yang didaftarkan di bawah
Akta Arkitek 1967 [Akta 117] atau Jurutera
Profesional yang didaftarkan di bawah Akta
Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] yang bertanggungjawab bagi pembinaannya, atau, dalam hal yang termasuk di bawah perenggan (c), dengan pelan-pelan bangunan yang telah dilukis dan diperakui oleh seorang
Arkitek Profesional atau oleh seorang juruukur tanah;
Hakmilik Strata (Pindaan)
dalam hal pelan tingkat, bahawa sempadan petak-petak yang ditunjukkan di atasnya mengikuti ciri-ciri pembinaan tetap yang terdapat dalam bangunan itu;
bangunan atau bangunan-bangunan itu terletak keseluruhannya dalam sempadan lot yang berkenaan, tetapi tidak mengira apa-apa cucur atap, kajang, dan apa-apa langkan yang tidak merupakan sebahagian daripada sesuatu petak yang dicadangkan, yang mengunjur ke suatu rizab jalan yang padanya ada permit atau permit-permit yang dikeluarkan di bawah seksyen 75a Kanun
Tanah Negara berkenaan dengan tiap-tiap cucur atap, kajang dan langkan itu;
bahawa setiap petak yang dicadangkan itu mempunyai—
jalan masuk yang memadai yang tidak melintasi suatu petak yang lain;
dan
jalan perhubungan dalaman yang memadai yang tidak melintasi harta bersama;
bahawa telah diperakui oleh seorang juruukur tanah bahawa kedudukan setiap blok sementara sebagaimana yang ditandakan di atas pelan lokasi adalah keseluruhannya dalam sempadan lot yang berkenaan;
dalam hal mana-mana bangunan atau petak tanah yang kebenaran perancangan diperlukan untuk mendirikannya, perakuan oleh Arkitek Profesional atau Jurutera Profesional yang disebut di bawah subperenggan (1)(d)(i) bahawa bangunan itu telah dibina mengikut pelan dan spesifikasi yang dengan merujuk kepadanya kebenaran itu telah diberi, dan pelan serta spesifikasi bangunan itu menyatakan tarikh kebenaran itu diberi dan nombor rujukannya, jika ada;
salinan diperakui sah hakmilik tetap bagi lot tersebut;
Undang-Undang Malaysia 14
salinan yang diperakui sah dokumen yang memperakukan peringkat struktur utama bagi keadaan di bawah perenggan 8(2)(a);
salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(a); dan
salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang difailkan dengan Pesuruhjaya di bawah Akta
Pengurusan Strata 2013 kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(b) dan (d).
Bagi maksud pecah bahagi di bawah subseksyen 6(1a), pelan strata yang dicadangkan hendaklah mengandungi pelan lokasi dan pelan tandaan, dan dalam keadaan pecah bahagi tanah yang mempunyai tingkat bawah tanah yang dikongsi, termasuk pelan tingkat yang menunjukkan petak aksesori yang dicadangkan dan harta bersama.
Tiap-tiap pelan lokasi hendaklah—
menyatakan nombor lot, nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya dan keluasannya;
menandakan sempadan-sempadan dan tanda-tanda sempadan bagi lot itu dan kedudukan kesemua bangunan di atasnya, dengan menunjukkan bangunan mana yang hendak dipecahbahagikan dan dalam hal permohonan bagi pecah bahagi tanah kepada petak-petak tanah, menandakan sempadan-sempadan dan tanda-tanda sempadan bagi lot itu dan petak-petak yang menunjukkan kedudukan kesemua bangunan di atasnya;
dalam hal pecah bahagi bangunan, dan pecah bahagi tanah kepada petak tanah dengan tingkat bawah tanah yang dikongsi, menyertakan suatu keratan menegak bagi setiap bangunan tersebut atau tingkat bawah tanah yang dikongsi, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menunjukkan—
lantai dan siling setiap tingkat; dan
ketinggian setiap tingkat; dan
Hakmilik Strata (Pindaan)
mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.
Tiap-tiap pelan tingkat hendaklah—
menyatakan nombor lot dan nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya, dan bangunan serta tingkat yang dinomborkannya yang baginya pelan itu berkaitan;
menandakan, tertakluk kepada peruntukan perenggan
dan (b), setiap petak yang dicadangkan dan menentukan sempadannya dengan merujuk kepada lantai dan dinding yang menunjukkan dimensi mendatar, tanpa perlu menunjukkan bering;
menunjukkan berkenaan dengan setiap petak itu nombor yang dengannya petak itu diperihalkan dalam pelan strata yang dicadangkan;
menyatakan keluasan lantai setiap petak;
membezakan apa-apa bahagian sebagai tidak dimasukkan ke dalam mana-mana petak tetapi hendak dijadikan sebahagian daripada harta bersama; dan
mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.
Tiap-tiap pelan tandaan hendaklah—
menyatakan nombor lot dan nombor hakmilik tanah yang terkandung dalamnya, dan petak tanah yang baginya pelan itu berkaitan;
menandakan setiap petak tanah yang dicadangkan dengan merujuk kepada sempadan lot yang menunjukkan bering dan jarak bagi setiap sempadan;
menunjukkan berkenaan dengan setiap petak tanah itu nombor yang dengannya petak tanah itu diperihalkan dalam pelan strata yang dicadangkan;
menyatakan keluasan setiap petak tanah;
membezakan mana-mana bahagian sebagai tidak dimasukkan ke dalam mana-mana petak tanah tetapi adalah menjadi sebahagian daripada harta bersama; dan
Undang-Undang Malaysia 16
mengandungi apa-apa butir terperinci lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengarah Ukur.
Tiap-tiap pelan strata yang dicadangkan hendaklah—
menunjukkan petunjuk bagi—
semua petak;
semua harta bersama; dan
semua petak aksesori, dan menyatakan dalamnya petak-petak yang dijadikan berhubung kait dengannya, tidak kira sama ada petak-petak aksesori itu adalah berdampingan dengan petak-petak yang dinyatakan itu; dan
mengandungi apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Ukur.
Jika suatu petak aksesori—
mengandungi suatu bangunan atau bahagian-bahagiannya dan disempadani dengan dinding luar, lantai dan siling, dimensi dan sempadan petak aksesori itu hendaklah ditunjukkan dalam pelan strata yang dicadangkan itu mengikut kehendak subseksyen (3),
dan (5);
tidak mengandungi suatu bangunan atau bahagian-bahagiannya—
sempadan-sempadan luar bagi petak aksesori itu hendaklah dipastikan daripada pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan, dan petak aksesori itu hendaklah mencapai ketinggian yang munasabah atau setakat apa-apa unjuran di bahagian atas atau melanggar sempadan di bawah aras bumi oleh suatu bahagian lain lot itu; dan
pelan strata yang dicadangkan hendaklah menunjukkan gambar rajah petak aksesori dengan dimensi yang serupa dengan dimensi sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan yang diluluskan yang disebut dalam subperenggan (i).
Hakmilik Strata (Pindaan)
Pengarah Ukur hendaklah sesudah itu menyemak pelan lokasi, pelan tingkat dan pelan tandaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjalankan atau menyebabkan dijalankan apa-apa kerja ukur tanah, mana-mana bangunan di atasnya atau mana-mana petak, dan hendaklah—
mengeluarkan sijil cadangan pelan strata kepada pemohon jika dia berpuas hati bahawa pelan itu teratur;
mengeluarkan satu salinan sijil itu kepada Pentadbir
Tanah bagi maksud seksyen 8; dan
memberitahu Pentadbir Tanah akan amaun fi yang hendak dipungut berkenaan dengan pelan yang disebabkan supaya disediakan sekiranya permohonan itu diluluskan.
Jika suatu permohonan di bawah subseksyen (1)
melibatkan blok atau blok-blok sementara menurut seksyen 9a, kehendak-kehendak yang berikut yang berhubungan dengan blok atau blok-blok sementara itu hendaklah, sebagai tambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 9 yang berhubungan dengan bangunan atau bangunan-bangunan atau tanah tertentu yang hendak dipecahbahagikan, dipatuhi dalam membuat permohonan itu:
permohonan itu hendaklah disertakan dengan salinan asal pelan bangunan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan bagi bangunan atau bangunan-bangunan untuk, atau yang sedang, didirikan;
pelan lokasi hendaklah termasuk suatu petunjuk, dan hendaklah menandakan kedudukan setiap blok sementara, yang menunjukkan, mengikut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, keratan tegak dan dimensi-dimensi bangunan atau tingkat bawah tanah yang dikongsi bagi petak tanah, jika ada;
permohonan itu hendaklah disertai, sebagai membentuk sebahagian daripada pelan strata yang dicadangkan, dengan suatu pelan tingkat berkenaan dengan setiap blok sementara, yang hendaklah menandakan sempadan-sempadan luar, dan menunjukkan, mengikut pelan-pelan bangunan yang diluluskan, dimensi-dimensi mendatar bangunan atau tingkat bawah tanah yang dikongsi bagi petak tanah, jika ada, yang padanya blok sementara itu berkaitan, tanpa perlu menunjukkan apa-apa bering; dan
Undang-Undang Malaysia 18
pelan strata yang dicadangkan hendaklah, bagi maksud blok atau blok-blok sementara bagi maksud tanah—
menandakan blok yang dicadangkan dengan merujuk kepada sempadan lot yang menunjukkan bering dan jarak bagi setiap sempadan;
menyatakan keluasan blok atau blok-blok sementara; dan
mengandungi apa-apa butir lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Ukur.”.
s 9Penggantian seksyen 9
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 9 dengan seksyen yang berikut:
“Permohonan bagi pecah bahagi bangunan, dsb.
s 9Section 9
Suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan
Pengarah bagi pecah bahagi bangunan, bangunan dan tanah, di bawah subseksyen 6(1) dan pecah bahagi tanah di bawah subseksyen 6(1a) hendaklah dibuat dalam Borang 1 kepada
Pentadbir Tanah dan hendaklah disertai dengan—
apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan;
apa-apa fi sebagaimana yang diberitahu oleh Pengarah
Ukur di bawah perenggan 8a(8)(c);
sijil cadangan pelan strata;
perakuan klasifikasi bangunan kos rendah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 9b(3), jika ada;
keizinan-keizinan bertulis kepada pembuatan permohonan itu daripada tiap-tiap orang yang, pada masa permohonan dibuat, adalah berhak mendapat faedah daripada pajakan seluruh atau mana-mana bahagian tanah itu, selain bahagian yang betul-betul menepati, atau termasuk dalam, salah satu daripada petak-petak yang akan wujud setelah dipecah bahagi;
cadangan nama perbadanan pengurusan, dan alamat bagi penyampaian dokumen-dokumen kepadanya, yang dikehendaki supaya dibekalkan menurut subseksyen 15(3);
Hakmilik Strata (Pindaan)
dokumen hakmilik keluaran bagi lot itu;
salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(a); dan
salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 8(2)(b) dan (d).
Tiada permohonan di bawah subseksyen (1) boleh dibuat melainkan jika—
tanah itu dipegang di bawah hakmilik tetap;
penggunaan tanah itu tidak bertentangan dengan kategori dan syarat-syarat tanah; dan
tanah itu tidak tertakluk kepada apa-apa gadaian atau lien.
Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah mengendorskan atau menyebabkan untuk diendors, suatu catatan mengenai pembuatannya dalam dokumen hakmilik daftar.
Pentadbir Tanah hendaklah sesudah itu sekiranya dia berpuas hati bahawa permohonan itu dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan bersamanya itu adalah teratur, menghantarkan permohonan itu dan dokumen-dokumen lain itu kepada Pengarah bersama-sama dengan syor Pentadbir
Tanah untuk kelulusan atau penolakan.”.
s 10Seksyen baru 9a dan 9b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9
seksyen yang berikut:
“Permohonan bagi pecah bahagi dalam hal pembangunan berperingkat-peringkat 9a. Suatu permohonan di bawah subseksyen 9(1), kecuali jika ia berhubung dengan bangunan kos rendah, hendaklah termasuk suatu permohonan bagi pengeluaran hakmilik strata sementara bagi blok sementara yang berkenaan dengan
Undang-Undang Malaysia 20
bangunan atau tanah, yang merupakan bangunan atau tanah yang boleh dipecahbahagikan mengikut subseksyen 6(1) atau
, yang dicadangkan untuk, atau sedang, didirikan di atas lot yang berkenaan.
Permohonan bagi pecah bahagi dalam hal bangunan-bangunan kos rendah 9b. (1) Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas permohonan oleh seseorang pemilik mana-mana tanah beri hakmilik atau pada bila-bila masa atas kehendaknya sendiri, dengan mengambil kira lokasi, jenis pembinaan dan kos bangunan itu, mengklasifikasikannya sebagai bangunan kos rendah.
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Pihak Berkuasa
Negeri boleh mengklasifikasikan mana-mana jenis bangunan sebagai bangunan kos rendah.
Apabila mengklasifikasikan mana-mana bangunan sebagai bangunan kos rendah, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kepada pemilik tanah beri hakmilik itu.
Apabila diterima perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak
Berkuasa Negeri, pemilik tanah beri hakmilik itu hendaklah memohon untuk memecahbahagikan bangunan itu di bawah subseksyen 9(1).
Tiada bangunan yang didirikan dalam suatu blok sementara boleh diklasifikasikan sebagai suatu bangunan kos rendah.”.