Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

20b. Section 20b

Feedback & support
(1)

Pemilik hakmilik strata sementara hendaklah membuat suatu permohonan bagi mendapatkan kelulusan Pengarah dalam tempoh satu bulan dari pengeluaran sijil cadangan pelan strata dengan menggunakan Borang 5 kepada Pentadbir

Tanah dan hendaklah disertakan dengan yang berikut:

(a)

apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan;

(b)

apa-apa fi sebagaimana yang diberitahu oleh Pengarah

Ukur di bawah perenggan 20a(8)(c);

(c)

sijil cadangan pelan strata;

(d)

dokumen hakmilik keluaran bagi hakmilik strata sementara;

(e)

salinan yang diperakui sah perakuan siap dan pematuhan atau sijil layak menduduki, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 20(2)(a); dan

Hakmilik Strata (Pindaan)

(f)

salinan yang diperakui sah jadual petak atau jadual petak terpinda, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali dalam hal di bawah perenggan 20(2)(b) dan

(d)

.

(2)

Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Pentadbir Tanah hendaklah mengendorskan atau menyebabkan untuk diendors, suatu catatan mengenai pembuatannya dalam dokumen hakmilik daftar bagi hakmilik strata sementara.

(3)

Pentadbir Tanah hendaklah sesudah itu sekiranya dia berpuas hati bahawa permohonan itu dan dokumen-dokumen lain yang dikemukakan bersamanya itu adalah teratur, menghantarkannya kepada Pengarah bersama-sama dengan syornya untuk meluluskan atau menolak permohonan itu.”.

Report