Seksyen 1
Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Rendah 1948.
*(2) Akta ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.
Tafsiran
**2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Hakim Besar” ertinya Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya atau Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, mengikut kehendak keadaan;
“mahkamah perbicaraan” berhubung dengan apa-apa rayuan ertinya mahkamah yang melaluinya dapatan, hukuman atau perintah asal yang dirayukan telah direkodkan, diluluskan atau dibuat;
*CATATAN—Akta ini terpakai di Sabah dan Sarawak menurut P.U. (A) 357/1980.
**CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
8
Undang-Undang Malaysia
“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya;
“Majistret yang dilantik di bawah Akta ini” termasuklah seseorang
Majistret ex-officio;
“meterai” termasuk cop;
“pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan oleh Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91];
“Penghulu” ertinya Penghulu yang diberi kuasa oleh Kuasa untuk mengadakan persidangan mahkamah dan termasuklah Penggawa,
Penolong Penggawa dan Penolong Penghulu yang mempunyai kuasa yang sama.
(2)
Dalam hal sesuatu kesalahan di bawah Bab VI Kanun
Keseksaan [Akta 574], apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta
Kesalahan-Kesalahan Di Luar Negeri 1976 [Akta 163], atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, yang pelakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menjejaskan keselamatan Persekutuan, yang dilakukan, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a)
di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di Malaysia;
(b)
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di laut lepas di atas mana-mana kapal atau di atas mana-mana pesawat udara; atau
(c)
oleh mana-mana warganegara atau mana-mana pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar sempadan
Malaysia, apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai had bidang kuasa tempatan mana-mana Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen hendaklah disifatkan termasuk tempat tertuduh dijumpai.
Mahkamah Rendah 9