Skip to content

Seksyen 59

of Akta Mahkamah Rendah 1948

ActIn forceProvision 5 of 30

Seksyen 59

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, menubuhkan seberapa banyak Mahkamah Sesyen yang difikirkannya patut dan hendaklah mempunyai kuasa, jika difikirkannya patut, untuk menetapkan had bidang kuasa tempatan Mahkamah Sesyen itu.

*(2) Tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa kausa atau perkara sivil atau jenayah yang berbangkit dalam had bidang kuasa tempatan yang ditetapkan baginya di bawah seksyen ini, atau, jika tiada had tempatan sedemikian telah ditetapkan, yang berbangkit dalam mana-mana bahagian di Semenanjung Malaysia.

(3)

Setiap Mahkamah Sesyen hendaklah diketuai oleh Hakim

Mahkamah Sesyen yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Hakim Besar.

(4)

Mahkamah Sesyen hendaklah biasanya diadakan di mana-mana tempat yang diarahkan oleh Hakim Besar, tetapi jika didapati perlu ia boleh juga diadakan di mana-mana tempat lain dalam had bidang kuasanya.

*CATATAN—Bagi bidang kuasa Mahkamah Sesyen di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.

12

Undang-Undang Malaysia

Kelayakan Hakim Mahkamah Sesyen