Seksyen 54
Seksyen 54
Hakim Mahkamah Sesyen boleh meminta dan memeriksa rekod mana-mana prosiding sivil di hadapan Mahkamah Majistret atau Mahkamah Penghulu dalam had bidang kuasa tempatan
Mahkamah Sesyen yang dia sedang menjadi Hakim Mahkamah
Sesyen bagi maksud memuaskan hatinya tentang betulnya, sahnya atau kesesuaian mana-mana keputusan yang telah direkodkan atau diberikan, dan tentang teraturnya apa-apa prosiding mahkamah itu.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.
Mahkamah Rendah 11
(2)
Jika Hakim Mahkamah Sesyen yang bertindak di bawah subseksyen (1) berpendapat bahawa mana-mana keputusan
Mahkamah Majistret atau Mahkamah Penghulu itu menyalahi undang-undang atau tidak patut, atau bahawa mana-mana prosiding itu luar aturan, dia hendaklah menghantar rekod itu kepada Mahkamah
Tinggi, bersama dengan apa-apa ulasan yang difikirkannya patut mengenainya.
55–58.
(Dipotong oleh Akta 7 tahun 1964).