Skip to content

Seksyen 76

of Akta Mahkamah Rendah 1948

ActIn forceProvision 20 of 30

Seksyen 76

(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui perintah, menubuhkan seberapa banyak Mahkamah Majistret yang difikirkannya patut, dan hendaklah mempunyai kuasa, jika difikirkannya patut, untuk menetapkan had bidang kuasa tempatan

Mahkamah Majistret itu.

*(2) Tertakluk kepada Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain, Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memutuskan apa-apa kausa atau perkara sivil atau jenayah yang berbangkit dalam had bidang kuasa tempatan yang ditetapkan baginya di bawah seksyen ini, atau, jika tiada had tempatan sedemikian telah ditetapkan, yang berbangkit dalam mana-mana bahagian di Semenanjung Malaysia:

Dengan syarat bahawa tiada seorangpun Majistret boleh mempunyai bidang kuasa untuk mendengar atau memutuskan apa-apa kausa atau perkara yang berbangkit dalam mana-mana Negeri yang dalamnya dan yang baginya dia tidak dilantik menjadi Majistret kecuali mengikut cara dan setakat yang diperuntukkan dalam Kanun

Tatacara Jenayah [Akta 593] dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan tatacara sivil.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Sabah dan Sarawak–lihat P.U. (A) 357/1980.

Mahkamah Rendah 19

(3)

Mahkamah Majistret hendaklah biasanya diadakan di mana-mana tempat yang diarahkan oleh Hakim Besar, tetapi jika didapati perlu ia boleh juga diadakan di mana-mana tempat lain dalam had bidang kuasanya.

Majistret Kelas Pertama ex-officio

*77. (1) Orang yang sedang memegang atau memangku jawatan yang dinyatakan dalam Jadual Keempat hendaklah, ex officio, menjadi

Majistret Kelas Pertama dalam dan bagi Negeri-Negeri berkenaan yang ditetapkan dalamnya.

(2)

Yang di-Pertuan Agong boleh, melalui pemberitahuan dalam

Warta, memotong mana-mana jawatan daripada, mengubah, atau menambah apa-apa jawatan kepada, senarai jawatan dalam Jadual

Keempat.

Pelantikan Majistret Kelas Pertama

**78.

Tanpa menjejaskan seksyen 77 Pihak Berkuasa Negeri boleh, atas syor Hakim Besar dalam setiap hal, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Majistret Kelas

Pertama dalam dan bagi Negeri itu.

Kelayakan Majistret Kelas Pertama