Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Prosiding dalam Pendakwaan

100. Butir-butir hendaklah direkodkan

Feedback & support
(1)

Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir setiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan disiapkan suatu kertas pertuduhan mengikut apa-apa borang yang ditetapkan dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dengan mudah dicatatkan dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang perlu.

(2)

Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk—

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

(a)

nama Mahkamah dan nombor siri kes itu;

(b)

nama, nombor kad pengenalan, dan jantina tertuduh;

(c)

alamat tertuduh;

(d)

pertuduhan;

(e)

tarikh kembalian saman, jika ada;

(f)

tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada;

(g)

nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;

(h)

tarikh penangkapan;

(i)

tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;

(j)

kerakyatan tertuduh;

(k)

umur tertuduh;

(l)

butir apa-apa jaminan atau bon;

(m)

akuan tertuduh;

(n)

nama dan gelaran pegawai atau nama orang yang menjalankan pendakwaan dan nama Peguam Syarie, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;

(o)

tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan penangguhan atau penundaan itu dibuat;

(p)

nota keterangan Mahkamah, jika ada;

(q)

dapatan;

Tatacara Jenayah Syariah 67

(Wilayah-Wilayah Persekutuan)

(r)

nota Mahkamah tentang sabitan terdahulu, keterangan watak, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;

(s)

hukuman atau perintah muktamad lain;

(t)

penghakiman, jika bertulis;

(u)

tarikh tamatnya prosiding;

(v)

butir-butir tentang mana-mana waran tahanan, resit denda dan waran pemenjaraan; dan

(w)

sekiranya rayuan dibuat—

(i)

tarikh pemberitahuan tentang rayuan, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh diperoleh dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah

Rayuan

Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(ii)

jika penghakiman ialah penghakiman lisan, alasan keputusan;

(iii)

nombor siri Mahkamah Tinggi Syariah atau

Mahkamah Rayuan Syariah bagi rayuan itu; dan

(iv)

keputusan rayuan dan tarikh Mahkamah diberitahu mengenainya.

(3)

Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh

Ketua Hakim Syarie.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 560

Report

Bab

Darihal Penggantungan Peremitan dan Peringanan Hukuman

Bab

Darihal Pembebasan atau Sabitan Terdahulu

Bahagian VI

Darihal Rayuan dan Penyemakan

Bahagian VII

Peruntukan Tambahan

Bahagian VIII

Schedules