Syariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian V · Prosiding dalam Pendakwaan
99. Kuasa untuk mengaward pampasan
Feedback & supportJika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan tertuduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah remeh atau menyusahkan ia boleh, menurut budi bicaranya, sama ada atas permohonan tertuduh atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan pengadu atau orang yang berdasarkan maklumatnya aduan atau pertuduhan itu telah dibuat supaya membayar kepada tertuduh, atau kepada setiap atau mana-mana tertuduh jika terdapat lebih daripada seorang, apa-apa pampasan, yang tidak melebihi satu ribu ringgit, yang difikirkan patut oleh Mahkamah:
Dengan syarat bahawa Mahkamah—
hendaklah merekodkan dan menimbangkan apa-apa bantahan yang mungkin dibangkitkan oleh pengadu atau pemberi maklumat itu terhadap pembuatan perintah itu; dan
hendaklah merekodkan alasannya bagi pembuatan perintah sedemikian.